Thursday, December 18, 2008

Ibu Pejabat Era Lestari Kini di Melaka

Untuk makluman para pelajar Pusat Tuisyen Era Lestari dan ibu bapa ibu pejabat kami yang baru kini di Taman Cempaka, Peringgit Bandaraya Melaka. Pusat Tuisyen Era Lestari kini berada di seluruh negeri Melaka merangkumi 3 daerah Melaka Tengah, Jasin (Merlimau) dan Alor Gajah (Masjid Tanah). Perasmian ibu pejabat Pusat Tuisyen Era lestari ini akan diadakan pada 25hb Disember 2008. semoga Era Lestari terus cemerlang di masa hadapan.

Saturday, July 5, 2008

Kebangkitan Anak-Anak Lestari

Tahun 2008 merupakan tahun peledak bagi Pusat Tuisyen Era Lestari. Kesungguhan kami dalam meneruskan agenda perjuangan dalam membantu anak didik kami untuk berjaya semakin membara. Kami percaya dengan semangat dan iltizam yang tinggi anak-anak didik kami di Era Lestari akan memperoleh kejayaan di hari muka. InsyaALLAh agenda perjuangan ini akan terus dikekalkan dan dimantapkan dari masa ke semasa. Buat anak didik kami terima kasih diucapkan kerana memilih Pusat Tuisyen Era Lestari sebagai instrumen untuk memperoleh kejayaan Bersama kita mencipta kegemilangan.

"Pendidikan Cemerlang Teras Generasi Terbilang"

Tuesday, May 6, 2008

Saturday, May 3, 2008

MODUL ERA LESTARI




SEJARAH PENUBUHAN ERA LESTARI


Era Lestari merupakan Pusat Tuisyen pertama yang menjadi perintis kepada kewujudan tuisyen dalam konteks sebenar. Berbeza dengan Pusat Tuisyen lain di Era Lestari kami mementingkan kepuasan dan kualiti yang diperoleh kepada pelajar kami. Bukan wang yang jadi ukuran sebaliknya keikhlasan dalam memberikan pendidikan yang secukupnya kepada anak bangsa menjadi keutamaan.


Diasaskan oleh dua orang guru yang berpengalaman iaitu Encik Zulrushdy Rahmat dan Encik Nor Azman, Era Lestari dibentuk dalam acuan yang sebenarnya. Konsep pusat tuisyen mini membolehkan perhatian yang lebih tinggi dapat diberikan oleh guru-guru kami dalam proses pengajaran. Sejajar dengan itu juga kami meletakkan had maksimum bagi setiap kelas adalah seramai 25 orang pelajar.


Dengan kolobarasi antara pemilik Pn. Asmawati Alias bersama dua orang pengurus Encik Zulrushdy dan Encik Nor Azman Pusat Tuisyen Era Lestari kini telah mempunyai pelajar berjumlah lebih 2000 orang di negeri Melaka dan Johor Darul Takzim.